PENGENALAN TENTANG DROPSHIP

Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.
 Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal .

Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. 



Secara asasnya:
1. Anda hanya mempromosi dengan meletakkan gambar produk dan description di laman sosial seperti Facebook, Instagram atau di laman-laman peniklanan yang lain.
2. Pelanggan membuat bayaran kepada anda dengan harga pasaran.
3. Anda membuat bayaran kepada supplier produk dengan harga agen (harga pasaran – harga ejen = untung).
4. Supplier produk membungkus dan menghantar barangan kepada pelanggan anda.
Kelebihan agen dropship
Di antara Kelebihan Menjadi Agen Drosphip
1. Modal permulaan yang sangat rendah.
Anda tidak perlukan modal yang besar untuk membeli stok.
Untuk menjadi agen dropship, ada sesetengah pembekal mengenakan caj pendaftaran dan ada juga yang langsung tidak mengenakan caj.
2. Anda tidak perlu menyimpan stok barang. Anda cuma perlu membuat pesanan dan bayaran setelah pelanggan anda membuat bayaran.
3. Anda tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan akibat tidak laku.
4. Anda tidak perlu bersusah payah untuk packing barang dan menghantar barang kepada pelanggan kerana semuanya akan dibuat oleh supplier anda.
Sekiranya anda salah seorang bercita-cita untuk berjaya dalam perniagaan tetapi tidak mempunyai modal, ini adalah tips dari orang yang sudah menjana pendapatan ribu riban sebulan melalui dropship:
1. Beli dulu barang dropship dan tengok macam mana supplier menghantar pesanan, kualiti barang, adakah barang yang anda beli itu menepati gambaran yang diberi.
2. Tak mengapa kalau keuntungan kecil (antara Rm3 –Rm10 untuk satu produk asalkan anda ada sales kerana ada sales ada untung).
3. Untuk menjana pendapatan yang konsisten, anda kena aktif dalam bisnes dropship jangan hangat-hangat tahi ayam.
5. Jual barang yang up to date dan digunakan setiap hari.
6. Jangan habiskan duit keuntungan anda untuk keperluan peribadi, sebaliknya gunakan untuk mengembangkan bisnes anda.
7. Promosi sangat-sangat penting; untuk permulaan minta orang LIKE Fb Page atau follow instagram anda.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.